“Operasi ini akan dijalankan secara terus tanpa henti dalam memutuskan rantaian kesalahan, termasuk bersama instansi yang lain dan tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan serta PATI yang ditangkap dalam operasi ini,” ujar Ketua Pengarah JIM, Dato’ Sri Haji Mustafar Bin Haji Ali Sebanyak 9.320 orang telah berhasil diperiksa dan hasilnya sebanyak 3.014 PATI dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigrasi.
Selain itu, 57 majikan turut ditahan dan 180 orang diberi peringatan untuk hadir memberi keterangan sepanjang tempo ini.
Dari jumlah keseluruhan PATI yang ditahan warga Bangladesh telah menempati urutan tertinggi sebanyak 1.160 orang, diikuti oleh warga Indonesia 695 orang, Myanmar 231 orang, Vietnam sebanyak 116 orang, Thailand 111 orang, Filipina sebanyak 95 orang dan sisanya dari negara-negara lain.
Sebanyak 2.429 orang merupakan PATI laki-laki, 570 orang PATI perempuan dan 15 orang PATI kanak-kanak.
Majikan yang menggaji PATI diambil tindakan perundangan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dimana majikan didakwa dibawah empat kesalahan utama yaitu dibawah Seksyen 55A membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara, Seksyen 55B untuk menggaji PATI, Seksyen 55E untuk membenarkan PATI masuk dan tinggal di tempat perdagangan dan Seksyen 56 (1) (d) untuk kesalahan melindungi PATI.
Mereka juga didakwa dibawah Akta Anti Perdagangan Orang dan Penyelundupan Migran 2007 (Pindahan 2010)(ATIP SOM) jika terdapat elemen-elemen paksaan atau eksploitasi pekerja. Semenjak selesainya program pendaftaran e-Kad, 57 orang majikan telah ditangkap dan ada yang telah didakwa di Mahkamah.